Kembara Anak Peneroka Felda

Thursday, September 9, 2021

Alcott Ascari Team

Bismillah. Aku catatkan dahulu aktivi pemula aku dalam kayuhan di ruang ini , harap lepas ini aktiviti sehat ini berterusan sebagai satu riadah.

Kalau rujuk info internet ada banyak jenis basikal, tapi aku ada dua jenis basikal saja buat masa ni 20/09/2021. aku katagorikan sebagai basikal untuk beriadah, bersenam atau bersukan. Jadi Aku ada basikal lipat (floading bike) dan satu lagi basikal jalan raya RB (road bike)

Aku bermula dengan kayuh RB kemudian baru Floading Bike, kengkawan dikejiranan ajak join floading bike, best juga.

Basikal Lipat - Basikal yang aku beli lima tahun dahulu dekat UPM Universiti Putra Malaysia. Pada hari pendaftaran kemasukan pelajar baru 2015, di Fakulti Kejuruteraaan Mekanikal. Hantar anak lelaki aku yang nombor tiga Muhamad Zakwan. Beli lah basikal ni dengan harga RM199 harga promosi sempena majlis. Beli pun sebab murah dan beli untuk anak bongsu untuk kayuh bermain petang. basikal ni dah dua tahun terdampar di tempat parkingnya, aku bela semula untuk aktiviti kayuhan. Alhamdulillah hari ini basikal ini mampu di kayuh jauh untuk beriadah.

Aktiviti pemula -  kayuh keliling Taman Tasik Permaisuri, boleh lah 15 hingga 30 km sekali kayuh. biasanya aktiviti kayuh basikal waktu petang, seminggu dua kali.

Up sikit aktiviti - Kayuh ke Dataran Merdeka, Taman Burung, Bukit Nenas, Bukit Tungku 50 hingga 55 km. Aku mampu kayuh basikal lipat ini one shoot sampai ke puncak Bukit Tungku. Tak sangka basikal ni best juga melayannya.

Basikal Jalan RayaAlcott Ascari Team , Basikal ini aku beli sempena ulang tahun aku yang ke 52 (30 Mac 1969), reward untuk diri sendiri, kebetulan tahun ni ada bonus dari majikan sikit. Beli pada April 2021. Lama dah sebenarnya berminat nak kayuh tapi pendam jer, sebab harga basikal pun boleh tahan. tapi aku paham harga basikal banyak katagori yang biasa yang sederhana yang mahal dan yang harga kayangan. Awalnya aku nak beli basikal murah je untuk permulaaan kayuh tapi anak lelaki aku yang nombor dua Muhammad Irfan marah dia, nak beli biar elok sikit katanya, nanti dia pun nak tumpang kayuh. Jadi direngkaskan cerita Irfan modal seperuh aku modal separuh. dapat lah sebijik RB dengan harga 6.5k. Bersyukur dengan rahmat dan rezeki mu tuhan.

Basikal Hybrid. Basikal ni adik ipar punya (Aswad) dah lama tak kayuh, Terdampar lama sangat di tempat parking. Angin tayar depan belakang pun dah tak ada. Jadi aku pumpkan kemudian aku bawa kayuh bagi nafas baru pada basikal. 


 



Fast Link :

Aku Kah ini (ß Klik Sini)
  DuniaMotorsikal (ß Klik Sini)
Mount FujiJepun (ß Klik Sini)
Reunion 50Tahun SKBRU (ß Klik Sini)
Mount CookNational Park, New Zealand (ß Klik Sini)
GTROC Gathering 07 Kuala Terengganu 2020 (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Rinjani (ß Klik Sini)
Boheydulang Semporna (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Tahan  (ß Klik Sini)
Sifat Dua Puluh (ß Klik Sini)


Bilangan Pelawat di blog ini :- 

free counter

No comments:

Post a Comment

Alcott Ascari Team

Bismillah.  Aku catatkan dahulu aktivi pemula aku dalam kayuhan di ruang ini , harap lepas ini aktiviti sehat ini berterusan sebagai satu ri...